Monday, February 14, 2011
Saturday, February 12, 2011
Operasi Piramid ATM tamat
SUBANG 11 Feb. - Operasi Piramid yang dilancarkan kerajaan sejak 2 Februari lalu bagi membawa keluar rakyat serta pelajar Malaysia dari Mesir ditamatkan dengan kepulangan tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan udara pasukan berkenaan di sini pada pukul 3.11 petang ini.
Dalam operasi terakhir itu, pesawat-pesawat berkenaan turut membawa pulang sekumpulan 96 pelajar Malaysia, 148 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 31 anggota sukarela pelbagai agensi dan 14 wakil media tempatan.
Sejurus sebelum mendarat, ketiga-tiga pesawat itu terbang rendah secara selari dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik berakhirnya operasi berkenaan, sambil disambut oleh tepukan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin serta para pegawai ATM dan sanak saudara terlibat.
Ahmad Zahid Hamidi menyambut pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air dengan pesawat C-130 di Subang. |
Ahmad Zahid dalam sidang akhbar selepas itu berkata, beliau berbangga dengan kejayaan para petugas ATM dalam menyempurnakan misi sembilan hari itu namun terguris dengan sikap segelintir pihak yang dilihat cuba mempolitikkan usaha murni kerajaan tersebut.
"Saya rasa tercabar dan terguris hati apabila anak-anak buah saya dalam ATM yang telah berkorban masa, jiwa dan tenaga dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Ini adalah satu penghinaan untuk ATM," tegasnya.
Sepanjang tempoh operasi, kesemua pesawat TUDM tersebut melakukan 18 penerbangan ulang-alik melibatkan destinasi Jeddah-Kaherah-Jeddah dan Jeddah-Iskandariah-Jeddah yang berjaya membawa keluar 3,482 rakyat Malaysia dari Mesir.
Selain itu, seramai 2,150 rakyat Malaysia berjaya dikeluarkan dari Mesir dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan 1,760 lagi dibawa keluar dengan penerbangan AirAsia.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, kejayaan operasi itu bukan kerana usaha ATM semata-mata tetapi dibantu oleh agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa syarikat swasta.
UTUSAN MALAYSIA 12/2/2011
Sunday, February 6, 2011
Kembali ke bp!!
hoHOhO!!
!penat!! perjalanan dari kB ke Bp dgn menaiki bus selama hampir 12jam!!
tq to fazie kerna sggup dtg amik kite kat 1stop..hehehe smpai2 kat umh terus kemas brg2...masa 2 la baru teringat ttggl berus gg plak kat umh...nape la xigt dr mlm td...da la tggl buku math gak...bawa je balek umh tp xsentuh pown...sume benda ni teringat bila da kua dr rumah..2 la pesan en arm selalu lupa..supaya packing brg awl2...2 la kamoo sape suruh tggl sy sorank2 kat cini...kan da jadi pelupa..
asingment oh asigment |
da smpai parit king neyh....teringat kembali pada kerja2 sek yg berlambak ni...balek kg satu kerja pown xsentuh...so harap2 minggu neyh dpt siapkan seberapa banyak asingment cuz bln feb ngan mac neyh banyak program kelas diadakan pd hujung minggu...penatnyer rasa...fuhhh..sabaq2...
Pemindahan pelajar ke Jeddah dijangka selesai hari ini
06/02/2011 8:35am
KAHERAH 6 Feb — Operasi memindah keluar semua rakyat Malaysia terutamanya pelajar dari Mesir untuk ditempatkan di pusat transit di Jeddah dijangka berakhir hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya sedang berusaha membawa keluar kira-kira 9,000 pelajar yang secara sukarela mahu kembali ke tanah air.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra akan berusaha menyelesaikan pemindahan pelajar menjelang tengah hari esok, katanya kepada pemberita Malaysia di sini semalam.
Bagaimanapun, katanya kelewatan mungkin berlaku jika pemindahan itu mengalami masalah birokrasi, cuaca buruk dan kebenaran berlepas yang lewat diberikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang di mana pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia beroperasi. — Bernama

TUDM rancang lakukan sembilan penerbangan sehari
05/02/2011 11:18am
KAHERAH 5 Feb. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap dapat melakukan sekurang-kurangnya sembilan penerbangan ulang-alik bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir ke Jeddah menggunakan tiga pesawat C-130 Herculesnya.
Ketua misi, Kolonel Abdul Mutalib Wahab berkata, setiap pesawat berupaya membawa 200 orang bagi setiap penerbangan, menjadikan jumlah keseluruhan 1,800 dapat dibawa keluar oleh TUDM setiap hari sehingga operasi selesai.
Bermula hari ini operasi akan berjalan tanpa henti dan ketiga-tiga pesawat akan berlepas dari Jeddah selang sembilan jam setiap hari, katanya.
TUDM berjaya memulakan operasi pertama membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah semalam selepas berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuk mendapatkan kebenaran mendarat, kata Abdul Mutalib.
Penerbangan sulung TUDM itu berlepas dari Jeddah pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan) dan mendarat di Kaherah pada pukul 7 malam (waktu Jeddah) pada Jumaat.
Seramai 150 pegawai dan anggota TUDM terlibat dengan misi tersebut. – Utusan Malaysia & Bernama
Pesawat TUDM tiba di Mesir
KAHERAH 5 Feb. - Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraha Malaysia (TUDM) mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah di sini, kita-kira jam 6 waktu petang (12 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat yang membawa 180 pegawai termasuk media baru tiba setelah memulakan perjalanan pada Rabu lalu dari Malaysia ekoran pelbagai 'cabaran dan rintangan' di beberapa persinggahan.
Dua pesawat TUDM dijangka memulakan operasi pemindahan pelajar Malaysia serta-merta ke Jeddah di Arab Saudi. Satu lagi pesawat membawa pelajar dari Iskandariah. - Utusan

Subscribe to:
Posts (Atom)